KUALA LUMPUR: Acap kali, kerjaya jurusolek atau lebih popular dipanggil MUA, singkatan daripada makeup artist dibina berdasarkan minat dan hobi individu itu sendiri yang kemudiannya beralih menjadi satu profesion yang menguntungkan.
Tidak hairanlah, wujudnya stigma masyarakat yang beranggapan jurusolek sebagai satu kerjaya bersifat low class sedangkan profesion itu berpotensi diangkat sebagai kerjaya profesional.
Jurusolek Yuslinaniza Mohd Hanafiah, 40, berpandangan institusi pendidikan seharusnya memainkan peranan penting dalam mengiktiraf kerjaya jurusolek agar karier itu boleh pergi lebih jauh.
"Bidang seni solekan ini luas, namun tiada lagi jurusan seni solekan yang ditawarkan dan diiktiraf di peringkat universiti di negara ini, sebagaimana kursus muzik, tarian, filem atau teater menerusi pengajian Seni Persembahan atau jurusan industri kreatif. Ia adalah penanda aras yang menunjukkan kerjaya jurusolek bukan lagi picisan.
"Biasanya, kursus solekan dibuat MUA sendiri, syarikat kosmestik, pusat kecantikan atau menerusi kursus pendek serta sijil kemahiran yang ditawarkan di Kolej Vokasional atau GiatMara," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia MADANI 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya, di sini, baru-baru ini.
Bekerja sebagai jurusolek di Istana Budaya sejak 2017, Yuslinaniza berkata, secara tidak langsung, pengiktirafan itu boleh menaikkan karier jurusolek sebagai kerjaya profesional yang mempunyai prestij tersendiri berlandaskan kemahiran serta taraf pendidikan yang diperoleh.
"Jika di luar negara, kerjaya ini adalah satu bidang profesional, semakin lama dalam industri semakin dihargai, disegani dan disanjungi," katanya yang pernah menjadi artis budaya selama 11 tahun di Istana Budaya, sebelum ini.
Jurusolek bebas Dinie Awalluddin, 47, pula berharap pelbagai kursus dan latihan kemahiran dalam bidang seni solekan yang ditawarkan di Kolej Vokasional, Kolej Komuniti dan GiatMara dapat dipertingkatkan dan diperluaskan bagi memenuhi permintaan industri.
Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai jurusolek berkata, hal ini kerana kerjaya itu memerlukan individu berkemahiran tinggi terutamanya bagi generasi muda yang kurang berminat dalam bidang akademik.
"Jangan dilupa, kerjaya ini juga menjadi pilihan buat mereka yang obsesi pada kecantikan sehingga ada graduan dalam bidang lain turut menceburinya.
"Lagipun, kerjaya ini juga tidak kurang hebatnya kerana mampu membawa pulangan lumayan," katanya.
Menurutnya, untuk menjadi jurusolek yang mahir bukanlah mudah kerana seseorang perlu mempunyai asas dan ilmu mengenai solekan.
Turut senada, Zamzuri Ali, 52, yang berharap agar mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan tidak jemu mencedok ilmu solekan bagi memantapkan lagi kemahiran dan kreativiti mereka dalam ilmu menatarias wajah.
"Jurusolek tidak boleh cepat berpuas hati dengan kemahiran dimiliki, tetapi perlu sentiasa mencuba pelbagai teknik baharu supaya mereka tidak ketinggalan," katanya yang sudah setahun berkhidmat di Istana Budaya.
Beliau yang berpengalaman hampir 25 tahun dalam bidang solekan mengakui tidak mempunyai kelulusan formal dalam bidang itu, sebaliknya bermula dengan belajar bersolek melalui individu berpengalaman kemudian mengembangkan minat berkenaan sehingga mahir.
"Manfaatkan peluang yang ada dan jangan sia-siakan bakat yang dikurniakan Allah SWT...kita bukan sahaja jadi MUA yang berbakat tetapi berilmu serta berkelayakan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Acap kali, kerjaya jurusolek atau lebih popular dipanggil MUA, singkatan daripada makeup artist dibina berdasarkan minat dan hobi individu itu sendiri yang kemudiannya beralih menjadi satu profesion yang menguntungkan. - Gambar Bernama
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.
Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap
Kejadian dilaporkan berlaku pada Januari 2017 selepas mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat.
Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak
Katanya, dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan banyak pihak.
Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'
Vinny Ohh setakat ini sudah menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selain turut menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.
Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal
Antara kelengkapan solekan yang dibawa Alaha Majid ke hospital adalah bulu mata palsu, gincu bibir dan palet pembayang mata 35 warna.